LONDON – West Ham United berazam untuk membelasah Liverpool bagi membantu Manchester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pengurusnya, Manuel Pellegrini berkata, beliau mahu pemainnya bangkit membalas dendam terhadap the Kops untuk kekalahan sebelum ini.
Pellegrini mahu bekas pasukan bimbingan yang kini dikemudi Pep Guardiola menjuarai EPL.
City sudah merapatkan kedudukan dengan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. City menjinakkan Arsenal 3-1 di Etihad awal pagi tadi.
Pellegrini menerajui Citu menjuarai EPL pada 2014.
“Jika kami menang saya akan gembira untuk West Ham.
“Untuk itu kami memerlukan aksi agresif yang terancang untuk memalukan skuad Jurgen Klopp.
“Selepas itu, kami boleh menghulurkan tangan kepada Manchester City, walaupun ia bukan urusan kita, tetapi saya masih peminat the Citizen,” katanya.
The Hammers kini berada di tempat ke-12 dalam carta liga dan kalah tiga perlawanan terakhirnya selepas menang 1-0 ke atas the Gunners 12 Januari lalu.
Pellegrini mengesahkan pemain pertahanannya Winston Reid, tidak akan beraksi menentang the Kops malam ini. – MalaysiaGazette