Home Seni Hidup Selepas strawberry, Tok Mat ‘berkarya’ dengan petai

Selepas strawberry, Tok Mat ‘berkarya’ dengan petai

Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan nasi impit goreng petai yang dimasaknya sendiri.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sememangnya gemar berkongsi pelbagai resipi dalam hantaran-hantaran di laman sosial.

Kebiasaannya resipi yang dikongsi beliau mempunyai kaitan dengan perkembangan semasa.

Misalnya beliau pernah tampil dengan nasi goreng GST dan yang terbaharu nasi goreng strawberi sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands.

nasigoreng petai

Yang terkini, bekas timbalan menteri kewangan itu berkongsi pula resipi nasi impit goreng petai sambil mengekalkan tagline ‘masak sendiri’ yang sering digunakan setiap kali memuatnaik resipi atau hidangan terbaharu beliau.

“Masak sendiri: Nasi impit goreng petai Nasi impit, ikan bilis, lada merah & hijau, petai dgn kulit, telur, bawang, garam, minyak sawit Udang salai , kicap, cili Goreng petai nasi impit Orang pandai tak merempit. Masak sendiri bila sempat Rajin berbakti tak merempat,” tulis beliau.

nasi tokmat

Ada netizen yang membalas hantaran terbaharu itu secara berseloroh berharap Ahmad Maslan boleh menerbitkan buku resipi sendiri satu hari nanti. Ada juga tidak tahan melihat gambar cili kicap yang disertakan dalam hantaran tersebut: “Kicap cili tu power. Sedapnya.” – MalaysiaGazette