Home Ekonomi Tiada kenaikan faedah letakkan ekonomi AS lebih baik

Tiada kenaikan faedah letakkan ekonomi AS lebih baik

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

NEW YORK- Keputusan Rizab Persekutuan untuk menghentikan kenaikan kadar faedah meletakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) “sihat pada asasnya dan berada di landasan untuk terus berkembang, kata Presiden Bank Rizab Persekutuan Minneapolis, Neel Kashkari.

“Saya rasa kita masih mempunyai ruang untuk mengembangkan ekonomi AS.

“Ekonomi A.S. pada asasnya sihat.

“Kami di Fed tidak dapat mengawal jika Eropah mempunyai krisis atau jika China mempunyai cabaran yang sukar tetapi kita boleh mengawal kesilapan kita sendiri; jadi jika kita boleh mengelakkan (krisis) secara beransur-ansur, saya fikir pengembangannya dapat diteruskan,” katanya dalam satu majlis di sebuah gereja di Long Lake, Minnesota.

Minggu lalu, Rizab Persekutuan membatalkan hasrat untuk terus menaikkan kadar.

Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar sejak Disember 2015, termasuk empat kali pada tahun lepas, kepada paras semasa sebanyak 2.25 peratus kepada 2.5 peratus.

Kashkari memberi komen positif pada keputusan minggu lepas.

“Saya fikir terdapat lebih banyak orang di luar sana yang mahu bekerja; mari kita biarkan ekonomi terus mengukuh dan jika kita melihat tanda-tanda kemudian, kenaikan upah, kenaikan inflasi, kita boleh terus melaksanakannya.

Ini adalah pandangan Kashkari telah berulang kali disuarakannya sejak beberapa tahun lalu tetapi hanya baru-baru ini sahaja ia dapat diterima pakai oleh rakan sekerja dasarnya.- Agensi