Home Ekonomi AS pilih David Malpass jadi Presiden Bank Dunia

AS pilih David Malpass jadi Presiden Bank Dunia

David Malpass

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka memilih pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan, David Malpass sebagai pilihan untuk mengetuai Bank Dunia, kata pegawai-pegawai kanan pentadbiran kerajaan.

Ia juga menunjukkan tanda-tanda yang jelas White House mahu mengawal institusi kewangan antarabangsa itu.

Malpass yang merupakan Timbalan Setiausaha Perbendaharaan bagi hubungan antarabangsa pernah berkata, organisasi-organisasi global seperti Bank Dunia “telah berkembang lebih besar dan lebih intrusif”, dan “cabaran untuk memberi fokus semula kepada mereka menjadi agenda yang lebih penting dan sukar.”

Bekas Presiden Bank Dunia Jim Yong Kim meletakkan jawatan Februari lalu menamatkan kontraknya tiga tahun lebih awal.

Pencalonan bagi menggantikan Jim dibuka pada 7 Februari ini dan ditutup pada 14 Mac.

Pentadbiran AS dijangka mengumumkan pilihan mereka pada Rabu ini, kata pegawai-pegawai berkenaan.

AS mencipta sejarah apabila dibenarkan untuk memilih ketua Bank Dunia walaupun dinamiknya telah berubah apabila mereka mendapat tentangan daripada negara-negara lain.

Mencalonkan seseorang yang mengkritik institusi itu secara terbuka menambah lagi tentangan tersebut.

Malpass merupakan individu penting dalam rundingan dengan China.-MalaysiaGazette