WASHINGTON – Harga minyak Amerika Syarikat meningkat dalam dagangan hari ini berikutan jangkaan bekalan bahan bakar itu semakin ketat susulan sekatan ke atas minyak Venezuela serta pengurangan bekalan dari OPEC.
Minyak West Texas Intermediate diniagakan kepada AS$54.73 setong, naik AS$0.16 berbanding harga penutup.
Harga minyak itu susut 13 peratus pada hari Isnin selepas mencecah paras tertinggi sejak 2 November pada AS$55.75 setong.
Niaga hadapan Brent belum didagangkan selepas ia susut 0.4 peratus pada sesi sebelumnya.
Para penganalisis berkata, sekatan minyak Venezuela oleh Amerika Syarikat telah menumpukan perhatian pasaran terhadap bekalan global yang lebih ketat.
Sekatan-sekatan ini akan membatasi perdagangan minyak antara Venezuela dan negara-negara lain – tindakan yang dilihat kurang sedikit berbanding Iran.
Bekalan minyak daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) susut pada bulan Januari dengan jumlah yang besar dalam tempoh dua tahun.
Rusia juga melaksanakan pematuhan pengurangan minyak apabila mengurangkan 47,000 tong sehari pada Januaria lalu. – MalaysiaGazette