Home Ekonomi CEO Chevron terima pendapatan AS$28j tahun ini

CEO Chevron terima pendapatan AS$28j tahun ini

CALIFORNIA – Ketua Pegawai Eksekutif Chevron Corp. bakal menerima pendapatan sekurang-kurangnya AS$28 juta pada tahun ini.

Asas gaji tahunan Michael Wirth pada tahun ini ditetapkan sebanyak AS$1.6 juta, kira-kira AS$100,000 lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat minyak dan gas itu berkata, kelayakan pendapatan sebanyak AS$28 juta itu termasuk 236,900 saham pilihan.

Pampasan keseluruhan mungkin lebih tinggi dengan pampasan lain seperti saham prestasi dan unit saham terhad.

Wirth yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Chevron telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Februari tahun lalu selepas bersama 30 tahun syarikat berkenaan. – MalaysiaGazette