Home Politik Uncle Kentang mahu bertanding PRK Semenyih

Uncle Kentang mahu bertanding PRK Semenyih

Aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

KUALA LUMPUR – Uncle Kentang atau akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih tidak lama lagi.

Aktivis masyarakat berkenaan, Kuan Chee Heng dikatakan akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.

“Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka, ” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya di Puchong hari ini sepeti laporan Harian Metro.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, dari Pakatan Harapan akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.- MalaysiaGazette