Home Nasional Warganet tegur Syed Saddiq lari dari portfolio kementerian

Warganet tegur Syed Saddiq lari dari portfolio kementerian

Warganet tegur Syed Saddiq kerana lari dari portfolio kementeriannya mempromosi minuman berkarbonat.
Warganet tegur Syed Saddiq kerana lari dari portfolio kementeriannya mempromosi minuman berkarbonat.

KUALA LUMPUR – Perang Twitter antara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan seorang usahawan produk minuman turut mendapat perhatian warganet.

Pemilik Twitter Saladin @saladinMY menyatakan, Menteri Belia dan Sukan itu tidak sepatutnya keluar dari portfolionya bermurah hati mempromosikan produk yang akan mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan.

Jelas beliau, mempromosi minuman berkarbonat walaupun keluaran usahawan tempatan adalah bertentangan dengan objektif kementeriannya, yang sepatutnya memperbanyakkan program gaya hidup sihat dan bersukan dalam kalangan belia.

Ciapan beliau turut mendapat maklum balas dari seorang doktor yang memakai nama Dr. Rafidah Abdullah @rafidah72.

Dr. Rafidah menyatakan, untuk menjaga kesihatan sebaiknya rakyat mengambil buah-buahan segar, bukan minuman berbentuk jus.

Semalam, seorang usahawan muda yang juga pengasas minuman Hausboom mendakwa ditipu oleh Syed Saddiq.

Azri Zahier Azmi mendakwa, empat bulan lepas, beliau telah dihubungi oleh pegawai kementerian itu yang mahu beliau menaja produknya untuk mesyuarat kabinet.

Sebagai balasan, Syed Saddiq akan membaca profilnya dan mempromosinya produk berkenaan di Instagram menteri tersebut.

Tuduhan itu mendapat respon Syed Saddiq yang menjelaskan, beliau telah membantu usahawan itu memasuki pasaran kedai serbaneka, 7-Eleven.

Malah katanya, beliau bertemu sendiri dengan pemilik rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven, Tan Sri Vincent Tan untuk mengenengahkan produk keluaran Hausboom yang dimiliki Azri Zahier.

Hari ini, Azri Zahier menerusi hantaran balas dalam akaun Facebooknya, membuat permohonan maaf kepada Menteri Belia dan Sukan itu atas kekasaran bahasanya. – MalaysiaGazette