KUALA LUMPUR – Intergriti Peguam Negara Tommy Thomas terus dipertikai oleh warganet.
Kali ini setelah tindakannya membincangkan secara terbuka berkenaan pendakwaan kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan individu yang tidak berkepentingan seperti kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang juga kini Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Datuk Noor Farida Ariffin.
Apatah lagi perbincangan kedua-dua individu itu menjurus khusus tentang kes perbicaraan pendakwaan Najib membabitkan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 12 Febuari depan yang didedahkan Noor Farida menerusi Facebooknya.
“Bersama kawan lama saya Peguam Negara, Tommy Thomas di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Keluarga Low Yat di Hotel Federal.
“Tak dapat elak, perbualan kami terarah kepada percubaan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ditetapkan untuk sesi pendengarannya minggu depan, 12 Febuari.
“…Tommy meyakinkan saya bahawa pendakwaan disiapkan dengan baik…Kita harap pendakwaan diberikan kepada semua atau kebanyakan pendakwaan (Najib),” tulisnya semalam.
Ekoran itu Tommy diserang ramai warganet kerana dianggap tidak mempunyai intergriti apabila secara terbuka membincangkan kes pendakwaan Najib.
“I query the integrity of Tommy Thomas. Shame of yourselves! (Saya persoalkan intergriti Tommy Thomas. Malulah!,” kata Zack Curry.
“Boleh ke cerita hal kerja dengan orang awam di luar yang takde kaitan dengan kes?,” persoal Mohd Azrul Azrul.
“Mana itergriti peguam negara boleh cerita macam-macam pada orang awam? Dan kenapa makcik ni bodoh sangat,” kata Kamal Husain.
Ada juga yang menganggap bahawa Tommy sememangnya tidak tahu menjaga etikanya sebagai Peguam Negara.
Malah tindakan ini dianggap warganet memalukan Pakatan Harapan.
“…Ini orang memang tak reti nak jaga etika sebagai AG… kerajaan Pakatan Harapan patutnya rasa malu lantik orang camni untuk jadi AG… Tapi nak buat camner kan… dah diorang sendiri pon kaki kencing… orang camni je yang layak nak,” kata Abu Haneyf Aiman Mohd Azrul Azrul.
“Boleh pulak bincang-bincang kes mahkamah yang dia handle (kendalikan) kat open house.. Sangat professional.. Harap berjaya lah ya.. Kalau najib yang menang, sia-sia ja gebang kat sini,” kata Yusri Yusop.
Ekoran itu ada yang mendesak Tommy meletakkan jawatannnya sebagai Peguam Negara kerana gagal menjaga intergritinya dengan baik. -MalaysiaGazette