Home Nasional Aliran perlahan di lebuh raya

Aliran perlahan di lebuh raya

Aliran trafik di Terowong Menora. foto FB LLM

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya mulai perlahan dan beberapa laluan dilaporkan sesak selepas cuti Tahun Baru Cina berakhir hari ini.

Di utara, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya PLUS dari Sungkai ke Slim River di kedua-dua arah.

Keadaan sama juga berlaku di Kuala Kangsar ke R&R Perak, Kuala Kangsar ke Terowong Menora dan Terowong Menora ke Jelapang.

Sungai
Keadaan aliran trafik di Sungkai.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik juga perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru ke Bandar Cassa terus ke Jawi, Bukit Merah ke Taiping.

Selain itu, Ipoh ke Gopeng, Gopeng ke Tapah, Tapah ke Sungkai terus Slim River dan Lembah Beringin ke Bkt.Tagar (KM 418.1 SB)

Sementara arah barat, LLM berkata, trafik perlahan dari Lanchang ke Karak.

gombak
Aliran trafik di Plaza Tol Gombak. foto FB LLM

Selain itu, selepas Plaza Tol Karak ke Lentang dan selepas Tol Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Dari arah timur, laluan perlahan dari MRR2 ke Plaza Gombak dan Hentian Gombak ke Genting Sempah. – MalaysiaGazette