Home Utama Kunjungan sahabat lama, terima kasih Hisham – Azmin

Kunjungan sahabat lama, terima kasih Hisham – Azmin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isterinya, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah hari ini meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Kewangan yang kini berehat di rumah.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dibenarkan pulang semalam selepas selamat menjalani pembedahan.

Kedatangan sahabat lama Azmin itu telah dikongsikan beliau di Twitter.

“Kunjungan dari seorang sahabat lama. Terima kasih Hisham dan YM Tengku Marsilla yang sudi menziarahi saya petang ini,” katanya.

Azmin memberitahu, bekas Menteri Pertahanan itu memandu sendiri ke rumahnya.

“Rupanya dia ada lesen memandu,” seloroh beliau.

Ikatan persabahatan antara Hishammuddin dan Azmin bukan rahsia lagi.

Ini kerana, persahabatan dua nama besar politik itu sudah bermula beberapa dekad lalu.

Malah, kedua-duanya tinggal dalam kejiranan yang sama. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Siti Hasmah lawat Azmin di hospital

Artikel berkaitan: Sultan Abdullah lawat Azmin di hospital

Artikel berkaitan: Anwar, Wan Azizah ziarah Azmin