Home Utama Jururawat rugi RM34,810 ditipu gara-gara nak dapat pinjaman wang

Jururawat rugi RM34,810 ditipu gara-gara nak dapat pinjaman wang

Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.
Polis memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pejabat di Klang, tiga hari lepas. Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang jururawat kerugian RM34,810 setelah diperdayakan selama lebih lima bulan dalam proses mendapatkan pinjaman wang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa pembayaran itu dibuat secara berperingkat sejak 29 Ogos lepas.

“Mangsa mendakwa berminat untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 yang kononnya ditawarkan ejen pinjaman kewangan sebuah bank sebelum diarahkan berurusan dengan suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Kedua-dua suspek telah beberapa kali memintanya untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan atas alasan sebagai syarat meluluskan proses permohonan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata kali terakhir mangsa yang berkhidmat di Temerloh dekat sini, membuat bayaran yang diminta suspek ialah pada 31 Jan lepas, sebelum berasakan dirinya ditipu kerana tidak pernah menerima pinjaman yang dijanjikan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA