Home Utama BSH: Tak semua orang berkahwin, ada bujang yang miskin

BSH: Tak semua orang berkahwin, ada bujang yang miskin

Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Golongan bujang yang dinafikan daripada menerima Bantuan Saraan Hidup (BSH) disifatkan sebagai tidak relevan.

Ini kerana bukan semua golongan ini berkemampuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya ada yang hidup miskin dan susah walaupun belum berkeluarga dan tidak mempunyai tanggungan.

Apatah lagi ada golongan bujang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Tidak semua orang berkahwin. Ramai bujang. Ramai yang hidup miskin dan susah.

“Ramai yang kerja berpendapatan tidak tetap.

“Ada juga yang OKU,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut melampirkan gambar daripada portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tentang sebab-sebab ada yang tidak layak menerima BSH.

BSH Najib

 

 

 

 

 

 

 

 

Antaranya adalah yang telah berkahwin namun pasangan bukan warga negara Malaysia;bujang yang mempunyai tanggungan dan tiada tanggungan.

Lantaran itu, kata Najib, kerajaan Pakatan Harapan perlu membuka mata dan menyelami rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

“Hidup bawah Pakatan Harapan tidak sama seperti dulu lagi. Bukalah mata, tengoklah bagaimana kehidupan rakyat semua.

“Jangan hanya selesa hari-hari di Putrajaya,” tambahnya.

Untuk rekod, bayaran fasa pertama BSH yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah dilaksanakan pada 28 Jan lepas dan memanfaatkan empat juta isi rumah.

Manakala fasa kedua dan ketiga pula dijangka diterima pada yang layak pada Mei dan Ogos depan.- MalaysiaGazette