Home Ekonomi Bursa dibuka rendah

Bursa dibuka rendah

Bursa Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki kerugian di Wall Street dan di Eropah, ekoran krisis perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.63 mata kepada 1,687.76 berbandning 1,693.39 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 4.88 mata lebih rendah pada 1,688.51.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 127 berbanding 75, manakala 112 kaunter tidak berubah, 1,540 tidak diniagakan manakala 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 78.17 juta saham bernilai RM45.52 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata FBM KLCI susut selepas saham AS dan Eropah menyusut pada Khamis ekoran kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan AS-China selain pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

S&P 500 jatuh 0.9 peratus setelah turun 0.6 peratus selepas laporan berita bahawa Presiden Donald Trump mungkin tidak bertemu dengan Xi Jinping, rakan sejawatannya dari China, sekali gus menangguhkan potensi penyelesaian pertikaian perdagangan Sino-AS itu.

Indeks penanda aras hampir mencatat angka terbaik Januari sejak 1987. Dow merosot 220.77 mata atau 0.9 peratus kepada 25,169.53 manakala Indeks Komposit Nasdaq jatuh 86.93 mata atau 1.2 peratus kepada 7,288.35,” katanya dalam nota kajianny.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata di Eropah, bon kerajaan melonjak manakala ekuiti susut selepas Suruhanjaya Eropah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi zon Euro.

Bagi kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank masing-masing turun dua sen kepada RM9.57 dan RM24.84, Tenaga susut 16 sen kepada RM13.26 manakala Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM8.45 dan RM5.67.

Antara kaunter paling aktif, Bumi Armada naik setengah sen kepada 23 sen, Naim Holdings meningkat lima sen kepada 57.5 sen manakala Seacera, Asia Media Group dan Sapura Energy masing-masing kekal 27 sen, 15.5 sen dan 26.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 33.79 mata kepada 11,719.63, Indeks FBMT 100 turun 34.41 mata kepada 11,598.55 dan Indeks Syariah FBM Emas susut 50.04 mata kepada 11,591.63.

Indeks FBM Ace turun 4.24 mata kepada 4,512.74 dan FBM 70 merosot 23.87 mata kepada 13,981.7.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.87 mata kepada 17,638.29, Indeks Perladangan susut 11.73 mata kepada 7,308.04 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.04 mata kepada 161.48. – MalaysiaGazette

+ posts