Home Nasional SPRM akan panggil Najib jika dakwaan benar

SPRM akan panggil Najib jika dakwaan benar

Mohd Shukri Abdull

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Presiden UMNO untuk memberi keterangan jika dakwaan parti itu memberi dana sebanyak RM90 juta itu kepada Pas adalah benar.

Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pada masa ini siasatan SPRM bertumpu sama ada pembayaran yang didakwa itu benar-benar berlaku.

“Buat masa ini, kami masih tidak pasti (sama ada bantuan Najib diperlukan).

“Ia bergantung dengan hasil siasatan tersebut.

“Buat masa ini, SPRM perlu memastikan adakah pemindahan wang RM90 juta memang berlaku seperti yang didakwa,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

SPRM kini menjalankan siasatan selepas menerima laporan berhubung dakwaan tersebut.

Pagi tadi, Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah datang ke SPRM di Kota Bharu untuk memberi keterangan. – MalaysiaGazette