KUALA LUMPUR – Transkrip yang ditunjukkan oleh Datuk Marzuki Yahya bagi membuktikan beliau adalah bekas graduan Cambridge International University langsung tidak menoktahkan isu kelayakan akademiknya.
Kali ini, Datuk Seri Dr Wee Ka Sing mendakwa transkrip universiti yang dihantar oleh Timbalan Menteri Luar Negeri itu didapati memaparkan gred bagi kesemua sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) yang 100 peratus sama dengan transkrip template (contoh).
Transkrip template itu dipaparkan di laman sesawang universiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Presiden MCA itu berkata, hanya ada tiga kemungkinan mengapa ia boleh berlaku.
Pertama, ia adalah kebetulan yang amat luar biasa sambil menyifatkan lebih susah untuk ditemui berbanding dapat hadiah pertama Sports Toto.
Kemungkinan kedua, universiti yang sudah lama diragui ramai ini, menghantar keputusan serupa kepada semua “graduan” yang membayar yuran.
“Kemungkinan 3: Bro, berapa lama dipakai untuk copy/paste/edit?” soalnya. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: Marzuki tunjuk transkrip universiti kepada umum
Artikel berkaitan: Marzuki serah nasib kepada PM dan kepimpinan Bersatu