WASHINGTON – Diplomat-diplomat Amerika Syarikat berjaya mengadakan mesyuarat produktif dengan rakan-rakan sejawat mereka di Korea Selatan, kata Presiden Donald Trump.
Beliau turut mengumumkan sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Selatan, Kim Jong Un, akhir bulan ini akan diadakan di ibu negara Vietnam, Hanoi.
“Wakil-wakil saya baharu sahaja meninggalkan Korea Utara selepas mengadakan mesyuarat yang produktif dan bersetuju dengan masa dan tarikh sidang kemuncak kedua bersama Kim Jong Un.
“Ianya akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini.
“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Kim dan mempercepatkan usaha pelan damai,” katanya di laman Twitternya.
Wakil AS ke Korea Selatan, Stephen Biegun telah mengadakan rundingan selama tiga hari di Pyongyang sebagai persediaan terhadap sidang kemuncak berkenaan, kata Jabatan Negara pada Jumaat.
Dalam rundingan yang bermula pada Rabu itu, Beigun bersama rakan sejawatnya, Kim Hyok Chol telah berbincang untuk mempercepatkan komitmen yang telah dibuat Trump dan Kim semasa sidang kemuncak terdahulu di Singapura iaitu untuk memansuhkan program nuklear, mentransformasikan hubungan di antara AS dan Korea Utara serta mewujudkan perdamaian berterusan di Semenanjung Korea, kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.
Sidang kemuncak pertama di antara kedua-dua pemimpin tersebut berlangsung di Singapura pada Jun lalu.-Agensi