KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun tidak ‘gerun’ seandainya ada pihak atau warganet yang berminat untuk menyemak latarbelakang pendidikan beliau sebaliknya yakin tidak ada apa-apa disembunyikan oleh beliau.
Kata Rina Harun, beliau tidak bimbang langsung kerana kelulusan serta pendidikan dirinya bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan seperti yang berlaku kepada segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini.
“Saya tidak gusar dengan mana-mana pihak yang mahu semak latarbelakang pendidikan saya. Saya tidak ada sebarang masalah langsung. Malah wajah saya jelas terpampang dalam majalah universiti saya sebelum ini.