SEMENYIH – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan hari minggu Ahad dengan aktiviti senamrobik bersama lebih 100 orang pada pagi ini.
Menteri Beliau dan Sukan itu tiba di Setia Eco Hill Park Welcome Center pada pukul 7.15 pagi untuk menyertai program anjuran Kementerian Belia, Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Senamseni Senamrobik dan Rekreasi Semenyih.
Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang melakukan senamrobik selama lebih setengah jam hingga pukul 8.30 pagi ini.
Program itu turut diselitkan dengan acara cabutan bertuah berupa hamper untuk semua peserta senamrobik.
Syed Saddiq mahu rakyat melibatkan diri dengan gaya hidup sihat menerusi bersenam untuk memastikan cergas dan produktif selain melahirkan negara bersukan. – MalaysiaGazette