Pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang dikaitkan dengan isu ijazah palsu perlu memberi penjelasan kepada masyarakat.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, isu tersebut perlu ditanya kepada mereka yang terlibat kerana beliau tidak boleh menjawabnya.
Namun menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, ijazah yang tidak memiliki akreditasi tidak menjadi masalah kerana sistem penilaian itu tidak digunapakai sebelum tahun 2006 dan ke bawah.
“Saya tidak tahu dan tanya orang yang terlibat.
Perkara ini perlu diperjelaskan, “Jika ijazah bukan akreditasi bukan masalah kerana tidak ada akreditasi sebelum tahun 2005 dan sebelumnya.
“Yang penting, orang yang diberi amanah memimpin memiliki sifat jujur dan sentiasa berusaha berusaha menjadi pemimpin yang baik,” katanya.