Home Seni Hidup Vida hilang berat badan 10kg

Vida hilang berat badan 10kg

Foto Instagram Datuk Seri Vida.

KUALA LUMPUR – Jutawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman sebelum ini sering disindir kerana memiliki fizikal berisi walaupun beliau sendiri menjual produk langsing.

Walaupun sudah banyak kali menjelaskan tidak mengamalkan produknya sendiri kerana seorang yang gemar makan-penampilannya yang dikenali Vida itu tetap menjadi bualan.

Namun sejak dua bulan lalu, saiz fizikalnya menjadi perhatian kerana kelihatan susut dan agak langsing berbanding sebelum ini.

Ramai tertanya-tanya apa rahsia beliau hingga berjaya mendapat bentuk badan yang semakin ideal.

“Saya sudah hilang 10 kilogram (kg). Apa yang amalkan, adalah melakuka tekan tubi setiap kali lepas solat.

“Pada masa sama, saya juga menggunakan produk keluaran sendiri iaiti Gel Panas Hervaganza dan minum Qu Puteh 2 In 1 yang selain dapat membantu mengurangkan badan, ia juga mampu memutihkan kulit,” katanya kepada Malaysia Gazette di hari ini.

Vida mahu membuktikan pengeluar produk langsing dapat menjadi testimoni yang terbaik kepada orang ramai.

Jelas wanita berusia 47 tahun itu, apa yang penting, beliau nekad dan berdisiplin mengamalkan diet pemakanan dengan betul dan tidak lagi kuat makan seperti sebelum ini.

Vida kini muncul di kaca televisyen menjadi pengacara di program sendiri yang bersiaran di TV Alhijrah. – MalaysiaGazette