Home Utama Inkues Adib: Saksi tunjuk pintu kenderaan bomba dipecahkan perusuh

Inkues Adib: Saksi tunjuk pintu kenderaan bomba dipecahkan perusuh

Lawatan Mahkamah Koroner untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian rusuhan dan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Balai Bomba Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 FEBRUARI 2019.

SUBANG JAYA – Prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bermula dengan kehadiran Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam merangkap Koroner Rofiah Mohamad membuat lawatan ke beberapa lokasi rusuhan.

Antara lokasi yang di lawati termasuk jalan USJ16/7 berhadapan Kuil Sri Mahamariamman di USJ25 di Subang Jaya dan juga Balai Bomba Penyelamat Subang Jaya bersama-sama tiga orang saksi serta pasukan Timbalan Pendakwa Raya, peguam pihak berkepentingan.

Kehadiran mereka juga mendapat liputan meluas hampir 50 pengamal media cetak dan dalam talian yang bermula sejak 11.20 pagi tadi.

Selain daripada itu, pegawai pengendali, Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah selain peguam kedua-dua belah pihak juga peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Majlis Peguam.

Prosiding bermula dengan saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor memberi keterangan di lokasi di mana lokasi kebakaran kereta di tepi jalan berhampiran kuil.

Beliau juga kelihatan tenang ketika diajukan beberapa soalan oleh koroner dan barisan peguam ketika itu.

Pemandu Fire Rescue Team (BBP) Subang Jaya itu juga memberikan keterangan di satu lokasi berhampiran kuil.

emrs
Antara kerosakan yang dilakukan kumpulan perusuh kuil Sri Maha Mariamman Seafields pada kenderaan bomba.

Ketika ini, prosiding masih berlangsung di Balai Bomba dengan beberapa anggota sedang menunjukkan bahan bukti termasuk kenderaan rosak serta pintu yang telah dipecahkan oleh kumpulan perusuh.

emrs3

MalaysiaGazette turut difahamkan Menteri KPKT, Zuraida Kamarudin yang sepatutnya turut serta ketika proses ini dinasihatkan untuk tidak hadir ketika ini. -MalaysiaGazzete