Home Dunia Korea Utara lancar ujian enjin roket jarak jauh

Korea Utara lancar ujian enjin roket jarak jauh

Kim Jong-un. foto Agensi

PYONGYANG – Korea Utara menjalankan ujian enjin tujahan tinggi yang baru dibangunkan di stesen pelancaran roket Tongchang-ri dan Kim Jong Un menyifatkan ujian itu adalah “kelahiran baru” dalam industri roket

Media rasmi Korea Utara, KCNA melaporkann, enjin itu akan membantu negara tersebut mencapai keupayaan pelancaran satelit bertaraf dunia.

Ia juga menunjukkan ujian itu mungkin jenis enjin roket baharu untuk peluru berpandu jarak jauh.

Korea Utara telah menjalankan lima ujian nuklear dan siri pelancaran peluru berpandu.

Pakar-pakar percayai Korea Utara sedang membangunkan peluru berpandu kepala peledak nulear yang boleh sampai ke Amerika Syarikat.

Kim Jong Un berkata negara itu semakin hampir untuk melakukan pelbagai ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua.

“Beliau (Kim) menyatakan kejayaan yang dicapai dalam ujian semasa menandakan satu peristiwa besar dan mengisytiharkan kelahiran baru industri roket yang berpangkalan di Juche,” kata KCNA.

Juche merujuk kepada ideologi tempatan Korea Utara.

KCNA melaporkan, Kim menekankan bahawa seluruh dunia tidak lama lagi akan menyaksikan peristiwa kemenangan besar yang dibawa pada hari ini. – MalaysiaGazette