Sebanyak 30 peratus pengusaha bas untuk seluruh Semenanjung Malaysia terjejas semenjak September akibat tidak dapat memperbaharui permit.
Kata Penasihat Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia Tajarul Yusmi Mohd Yusop situasi ini berpunca daripada kelewatan pembaharuan semenjak peralihan kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Malah katanya ada pengusaha yang terpaksa guling tikar kerana tidak boleh beroperasi.