Home Dunia Guzman, raja dadah dunia didapati bersalah

Guzman, raja dadah dunia didapati bersalah

Joaquin "El Chapo" Guzman. foto CNN

NEW YORK – Raja dadah dunia Joaquin ‘El Chapo’ Guzman didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana menyeludup bertan-tan dadah ke Amerika Syarikat.

Juri-juri Mahkamah Persekutuan Brooklyn sebulat suara mendapati Guzman, 61, ketua Kartel Sinoloa bersalah dalam kesemua 10 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Negara bagi daerah timur New York, Richard Donoghue menjangkakan Guzman akan menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa parol apabila beliau dijatuhi hukuman pada 25 Jun ini.

Hukuman itu disifatkan ‘tidak dapat dilepaskan dan tidak dapat balik,” kata Donoghue kepada pemberita.

Guzman, salah satu nama utama yang terlibat dalam perang dadah di Mexico telah menjejaskan hubungan negara sejak tahun 2006.

Dia pernah melarikan diri daripada penjara yang memiliki sistem keselamatan tertinggi di Mexico sebanyak dua kali hingga diburu secara besar-besaran.

Guzman diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan pada tahun 2017 selepas ditahan di Mexico pada tahun 2016.

Perbicaraannya mengambil masa selama 11 minggu dengan membabitkan lebih 50 saksi. – MalaysiaGazette