Home Nasional Kenapa perlu wujud MTEN, Guan Eng kata ekonomi kukuh

Kenapa perlu wujud MTEN, Guan Eng kata ekonomi kukuh

Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Mengapa perlu wujudnya Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sedangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berulang kali menyebut ekonomi Malaysia dalam keadaan kukuh.

Malah, kewujudan majlis ini didakwa hanya menambah jawatan, sekali gus meningkatkan perbelanjaan negara.

Kerajaan PH pada hari ini mempunyai 28 menteri dan 27 timbalan menteri untuk memikirkan tentang permasalahan negara.

MTEN pula membabitkan 16 pelantikan termasuk Perdana Menteri sebagai pengerusi.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan turut menimbulkan persoalan adakah MTEN yang diwujudkan itu dapat menyelesaikan beberapa perkara besar membabitkan ekonomi rakyat dan negara.

Soalnya, mampukah MTEN menaikkan harga minyak sawit yang sudah turun kepada RM2,000 bagi setiap tan berbanding RM2,700 sebelum ini.

Atau bolehkah MTEN mengembalikan bantuan kepada kumpulan B40 yang sedikit demi sedikit ditarik oleh kerajaan dan berupayakah majlis itu mengembalikan tahap dan konsistensi agihan sara hidup kepada peneroka Felda.

“Boleh naikkan keyakinan komuniti perniagaan segenap bangsa yang rata-ratanya sedang memperlahan pelaburan dan pengambilan pekerja ekoran pengurusan ekonomi yang pincang?

“Boleh yakinkan atlet-atlet yang tertunggu bantuan kerajaan yang sibuk jaja satu dunia konon takda duit hutang trilion dan sebagainya?

“Boleh bantu perkasakan sekolah tahfiz yang menunggu bantuan setanding sekolah persendirian Cina? Boleh buat rumah mampu milk terutamanya untuk miskin bandar? Boleh tunaikan janji penangguhan bayaran PTPTN?,” tanya Shahril.

Soalnya lagi, atau penubuhan MTEN ini semata-mata mahu mengenepikan bakal Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Majlis Tindakan Ekonomi tidak ada kena mengena dengan prestasi menteri

Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi elak kerajaan buat silap