BEIJING – Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan rundingan perdagangan yang sedang berlangsung antara China dan Amerika Syarikat selama 60 hari lagi.
Tarikh akhir bagi rundingan itu adalah pada 1 Mac ini.
Lanjutan itu bagi memberi masa secukupnya kepada kedua-dua negara.
Delegasi rundingan bagi Amerika Syarikat diketuai oleh Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin manakala Timbalan Perdana Menteri China, Liu He mewakili Beijing. – MalaysiaGazette