SEMENYIH – Barisan Nasional (BN) memilih tokoh politik tempatan, Zakaria Hanafi, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.
Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembanguan merupakan bekas Penolong Pegawai Tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon yang dipilih itu adalah dalam kalangan anak tempatan dan bukannya payung terjun.
“Ada enam nama kita dapat tapi kita pilih terbaik, Zakaria untuk calon N24 (Semenyih),” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK Semenyih petang ini.
Lebih 500 penyokong serta pemimpin komponen BN hadir pada majlis pengumuman calon BN. – Malaysiagazette