SINGAPURA – Harga minyak naik sekitar 1.0 peratus hari ini dengan niaga hadapan Brent mencecah paras tertinggi tahun ini.
Prestasi itu dipacu oleh harapan pasaran agar pertikaian tarif antara Amerika Syarikat dan China berakhir tidak lama lagi, selain data perdagangan China termasuk import minyak mentah melepasi unjuran.
Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$64.35 setong pada 0745GMT, naik 1.1 peratus berbanding harga penutup.
Harga tertinggi Brent pada tahun ini ialah AS$64.43 setong pada awal sesi.
Manakala West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$54.46 setong, juga naik 1.1 peratus.
Pasaran optimis terhadap rundingan perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu apabila Presiden Donald Trump berkata rundingan itu berjalan sangat lancar.
Washington dan Beijing telah melaksanakan gencatan perdagangan yang dipersetujui pada 1 Disember untuk selama 90 hari.
Ia dijadual berakhir pada 1 Mac ini.
Namun, Trump dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan lanjutan selama 60 hari lagi. – MalaysiaGazette