Home Utama Ibu muda jangan tutup ‘kilang awal’

Ibu muda jangan tutup ‘kilang awal’

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (tiga kiri) melakukan acara cukur rambut kepada salah seorang bayi Putri Nur Sumayyah Norrazmin yang didukung ibunya, Norashiken Mohd Sidek (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (dua kiri) dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Nazatul Shima Shamsudin (tengah) sempena Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik Siri ke 3 di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Golongan ibu muda dan wanita yang masih produktif disaran agar tidak ‘menutup kilang awal’ sebaliknya terus menambah ahli keluarga dalam usaha meningkatkan jumlah penduduk di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana pertambahan jumlah penduduk pada masa akan datang sangat penting kepada negara.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas, ekonomi sesebuah negara yang rancak dibantu oleh permintaan dalaman kalangan rakyat negara itu sendiri.

“Negara perlukan ramai penduduk hari ini kerana ekonomi negara yang sihat bergantung kepada permintaan dalaman dari penduduk yang ramai

“Dulu kita sasar penduduk hingga 70 juta dan sekarang baharu berjumlah 30 juta dan jauh lagi sasaran.

“Pertambahan penduduk itu sebenarnya mempunyai kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik Siri ke-3 2017 anjuran Kelab Perintis Muda dan Kreatif dan Pergerakan Puteri UMNO di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Sebahagian peserta yang turut serta pada Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik Siri ke 3 di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2017.
Sebahagian peserta yang turut serta pada Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik Siri ke 3 di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2017.

Mengulas festival itu, Tajuddin menyifatkan ia sebuah program yang bermakna kerana menghidupkan semula budaya hidup orang Melayu.

Jelasnya, hari ini,  segelintir masyarakat Melayu tidak begitu mengambil berat lagi tentang pentingnya nilai-nilai sesuatu budaya.

“Ada yang anggap budaya tidak penting padahal budaya adalah lambang satu bangsa.

“Dari segi budaya dan warisan orang Melayu, banyak benda yang boleh diteruskan untuk memupukkan bangsa Melayu yang beradat, bermaruah dan bersopan,” katanya. – MalaysiaGazette