SEMENYIH – Status sebagai calon tunggal PPBM mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih sesuatu diluar jangkaan bagi Muhammad Aiman Zainali, 30,.
Menurut Bendahari Bahagian Hulu Langat itu, walaupun dirinya sememangnya dikenali sebagai menantu arwah Ahmad Bakthiar Mohd Nor, 57 bekas penyandang kerusi itu, pengalaman turun padang yang ditimba selama 7 bulan dapat membantu mendekati pengundi Semenyih.
Kata Graduan kejuruteraan elektrik kelas pertama dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu lagi, dia bersiap sedia dengan pengalaman dari arwah untuk berdepan cabaran daripada lawan empat penjuru pada PRK kali ini.