KAJANG – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan membuat satu laporan polis mengenai serangan terhadap beliau di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) petang ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Facebook rasmi beliau yang mendakwa diserbu penyokong Barisan Nasional (BN).
“Laporan polis akan saya buat pada pukul 2 petang di Balai Polis Sungai Way,” katanya hari ini.
Dalam kejadian itu Syed Saddiq dipercayai dihembur dengan kata-kata makian seperti bangsat dan babi.
“Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara.
“Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much!,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu berterima kasih kepada Unit Amal Pas yang bertindak mengawal keadaan dan membawa beliau keluar daripada kekalutan itu.
“Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (Pas) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN.
“Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang,” katanya lagi.
Syed Saddiq menjelaskan beliau dalam perjalanan ke keretanya sebelum diserang penyokong BN yang berada di tempat kejadian.
Beliau datang ke Pusat Penamaan PRK Semenyih kerana tiada pemandu dan bukan dalam acara rasmi kerajaan. -MalaysiaGazette
Terdesak Sgt nak menang hingga jadi kemaruk menjangkau amok.
Ngape teruk Sgt nie…