Home Politik Kain rentang provokasi kempen PRK Semenyih

Kain rentang provokasi kempen PRK Semenyih

Kain rentang yang tertera " Kami Bukan Pencuri, Kami Bukan Pembohong dan Kami Bukan Perompak" yang digantug pada salah satu tiang besi di tepi bahu jalan raya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di sekitar kawasan Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Setiap kali ada pilihan raya kecil (PRK) sudah pasti ada unsur provokasi.

Baik pihak parti kerajaan atau pembangkang – pasti ada elemen-elemen berkenaan dan tidak terkecuali PRK DUN Semenyih kali ini.

Jika semasa penamaan calon Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dikasari penyokong Barisan Nasional (BN) kali ini timbul pula isu kain rentang provokasi dipercayai dari Pakatan Harapan (PH) pula.

Kain rentang berlogo PH di kawasan sekitar Semenyih tertera tulisan ‘Kami Bukan Pencuri, Kami Bukan Pembohong, Kami Bukan Perompak’ nampaknya tidak disenangi para penyokong BN.

Ia dilihat dipasang di tepi jalan menuju ke Beranang berhampiran restoran makanan segera.

MGF18022019_KAIN RENTANG PAKATAN HARAPAN01
Kain rentang yang tertera ” Kami Bukan Pencuri, Kami Bukan Pembohong dan Kami Bukan Perompak” yang digantug pada salah satu tiang besi di tepi bahu jalan raya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di sekitar kawasan Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2019

Mungkin konotasi itu ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi bagi penyokong BN, mantan perdana menteri itu belum didapati bersalah dalam sebarang kes-kesnya di mahkamah dan tidak wajar provokasi sedemikian digunakan.

Mengulas perkara yang sama, calon BN, Zakaria Hanafi mahu pengundi tidak termakan dengan corak kempen pihak yang sengaja menimbulkan provokasi.

MGF18022019_CALON BN WALKABOUT10
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (kiri) bersalaman dengan salah seorang pengundi ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Pasar Malam Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2019.

Menurut beliau, BN berkempen untuk menumpukan kepada masalah rakyat dan tidak menggunakan masalah peribadi pihak lawan sebagai bahan.

“Kita kempen untuk rakyat, selesaikan masalah rakyat bukan bawa masalah peribadi kepada rakyat.

“Ini kawasan sub bandar, jadi masalah rakyat lebih penting untuk dibawa dan diselesaikan,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di pasar malam Bandar Tasek Kesuma malam ini.- MalaysiaGazette