KAJANG – Kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam menjaga legasi bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak dibidas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
Menurut Azmin, PH nyata mendukung amanat Tun Razak agar terus menjaga peneroka Felda namun amanat itu dikhianati oleh anaknya sendiri.
“Dia tuduh kita khianat melayu.
Tengok sahaja Felda kita dukung amanat Almarhum Tun Razak buka tanah kerajaan dan beri tanah Felda kepada peneroka dan bantu masyarakat supaya angkat ekonomi mereka dan jurangkan kesenjangan ekonomi masyarakat.
“Datang anak dia, pergi swastakan Felda.
Kalau Almarhum Tun Razak boleh bangun (dari kubur) dia cekik anak dia,” katanya selepas ceramah Isu Semasa di Kampung Rinching Hilir, Semenyih.