KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu perakuan keputusan daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun membuat kenyataan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. – MalaysiaGazette