Home Dunia Lelaki tikam orang awam ditembak mati

Lelaki tikam orang awam ditembak mati

Polis memeriksa senjata yang dipercayai digunakan oleh seorang suspek yang menikam beberapa mangsa sebelum ditembak mati. foto Agensi

MARSEILLE – Polis Perancis menembak mati seorang lelaki di sini selepas dia menikam empat orang di bandar pelabuhan selatan.

Polis berkata, serangan itu tidak ada kaitan dengan keganasan.

Suspek didakwa cuba menembak seorang pegawai polis sebelum polis menembaknya.

Lelaki itu telah mencederakan dua orang di dalam trem dan dua orang di jalanan dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius. – MalaysiaGazette