Home Dunia Ujian enjin roket Korea Utara bahaya

Ujian enjin roket Korea Utara bahaya

Kim Jong-un

SEOUL – Pelancaran enjin roket oleh Korea Utara adalah progres yang bermakna, kata Korea Selatan.

Sementara, seorang penganalisis pula menyifatkan perkembangan itu sebagai bahaya kerana ia mencapai matlamat negara tersebut untuk membangunkan roket yang boleh membedil Amerika Syarikat.

Agensi berita Korea Utara, KCNA berkata, engin itu boleh membantu negara berkenaan mencapai keupayaan pelancaran satelit kelas dunia, enjin roket baharu itu menunjukkan jenis baharu enjin roket peluru berpandu balistik antara benua.

Pengumuman Korea Utara itu ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson mengadakan lawatan pertama ke Beijing untuk mengadakan perbincangan tentang kebimbangan mengenai program nuklear dan peluru berpandu.

“Melalui ujian ini, didapati fungsi enjin telah mencapai kemajuan yang bermakna tetapi analisis lanjut diperlukan,” kata Lee Jin-woo, jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Lee berkata, ujian yang dipaparkan menunjukkan enjin utama disokong oleh empat enjin tambahan.

Semalam pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan kejayaan ujian enjin tujahan tinggi itu sebagai satu kelahiran baharu dalam industri roket.

Seorang penganalisis berkata, ujian itu adalah satu perkembangan yang tidak menyenangkan.

“Ini adalah satu ujian yang menyeluruh bagi roket peringkat pertama untuk ICBM, dan itulah sebabnya ia adalah berbahaya,” kata Kim Dong-Yub, seorang penganalisis di Institut Pengajian Timur Jauh.

Jelas beliau, nampaknya Korea Utara telah membangunkan penggalak roket peringkat pertama.

Korea Utara telah menjalankan lima ujian nuklear dan satu siri peluru berpandu dilancarkan walaupun kini mengalami sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Manakala pakar-pakar dan pegawai kerajaan bekerjasama untuk membangunkan peluru berpandu nuklear kepala peledak yang boleh sampai ke Amerika Syarikat.

Jong-un pada bulan Januari berkata, negara itu semakin hampir melancarkan ujian ICBM. – MalaysiaGazette