Home Dunia Lebah gergasi ditemui semula di Indonesia, selepas 40 tahun hilang

Lebah gergasi ditemui semula di Indonesia, selepas 40 tahun hilang

lebah
Ahli entomologi, Eli Wyman menunjukkan penemuan semula lebah gergasi Wallaace yang ditemui di utara Pulau Muluku, Indonesia pada Januari lalu. foto: Clay Bolt.

PARIS – Lebah terbesar dunia, serangga gergasi bersaiz ibu jari, ditemui semula dalam tempoh 40 tahun di kawasan terpencil di Indonesia, kata para penyelidik.

Walaupun saiznya yang ketara, tiada siapa mengamati lebah gersasi Wallace pada pertemuan kurun ke-19 oleh pengkaji alam sekitar Britain, Alfred Russel Wallace dan diberi jolokan ‘flying bulldog’ sejak 1981, kata Global Wildlife Conservation.

“Untuk melihat bagaimana cantik dan besarnya spesis ini dalam kehidupan, (adalah) dengan mendengar bunyi sayap gergasi, ia menakjubkan,” kata Clay Bolt, jurufoto yang merakam gambar serangga itu.

“Kini impian saya adalah untuk meningkatkan (status) lebah ini kepada simbol pemuliharaan di Indonesioa, sesuatu yang membanggakan bagi penduduk tempatan di sini,”.

Labah itu (Megachile pluto) yang hidup di utara Pulau Muluku membuat sarang dalam busut anai-anai, dengan menggunakan taringnya yang besar – seperti rahang bahagian bawah mamalia untuk mengumpul resin yang melekit bagi melindungi kediamannya daripada anai-anai.

Senarai merah spesis terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menyenaraikan lebah ini sebagai ‘terdedah kepada bahaya’, bermakna ketika bilangannya kukuh, populasinya yang mendiami kawasan terpencil membuatkan serangga itu sukar dikaji.

Beberapa ekspedisi di wilayah itu sebelum ini gagal menemui lebah tersebut. – Agensi

Ahli entomologi, Eli Wyman menunjukkan penemuan semula lebah gergasi Wallaace yang ditemui di utara pulau muluku, Indonesia pada Januari lalu. foto: Clay Bolt