Home Dunia Gempa bumi skala 7.7 gegar sempadan Peru-Ecuador

Gempa bumi skala 7.7 gegar sempadan Peru-Ecuador

QUITO – Kawasan sempadan Peru-Ecuador digegarkan dengan gempa bumi berskala 7.5 pada awal pagi ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa bumi itu terletak 224 kilometer tenggara Ambato, Ecuador pada kedalaman 132 kilometer.

Bacaan awal USGD mendapati gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.17 pagi waktu tempatan berskala 7.7.

Tiada risiko tsunami dicetuskan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik dan tiada laporan awal kerosakan dan kematian.

Seorang penduduk Cuenca, Ecuador yang terletak 253 kilometer dari pusat gempa bumi menyifatkan gegaran itu sangat kuat manakala penduduk kedua di bandar sama melaporkan mengalami ‘gegaran selama 30 saat yang sangat baik’, menurut kenyataan saksi pada laman sesawang Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean, lapor NDTV. – Agensi