Home Nasional Tol: Tunggu pengumuman Tun M dalam sehari dua lagi – Gobind

Tol: Tunggu pengumuman Tun M dalam sehari dua lagi – Gobind

Gobind
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berucap pada Ceramah Perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Taman Aik Ann, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 22 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Rakyat boleh menjangkakan pengumuman penting dari sehari dua lagi mengenai tol dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini.

Menurutnya, isu tol merupakan isu yang diberi perhatian sejak 2008 memandangkan ia kesannya yang besar kepada rakyat yang tinggal di laluan bertol.

“Saya beberapa kali menyatakan sebelum ini bahawa usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan tol iaitu sekiranya mana-mana boleh harus dimansuhkan.

“Sebagai permulaan, kita perlu cuba untuk mengurangkan dan inilah saya bincangkan dalam Kabinet beberapa kali.

“Maka kita tunggu satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat ini dengan satu keputusan yang baik dalam isu tol dijangkakan dari menteri berkenaan atau PM,” katanya semasa berucap pada kempen PH di Taman AikAnn di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata, pengurangan tol bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat tetapi juga membuktikan PH memulakan langkah untuk melaksanakam janji-janjinya.

“Walaupun ini adalah perkara yang besar dan kita lihat kerajaan BN duhulu tak berjaya mengurangkan tol, saya rasa kerajaan PH perlu menunjukkan kita berbeza dan berkebolehan untuk menangani isu tol yang membelenggu rakyat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette