SEMENYIH – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat supaya memberi masa kepada kerajaan baharu melaksanakan pembaharuan dan janji-janji dalam manifesto.
Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, ia penting kerana PH baru sahajamembentuk kerajaan di peringkat persekutuan.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, dalam mana-mana pilihan raya umum sekiranya kerajaan baharu dibentuk masa sepenggal diberi untuk melaksanakan janji-janji.
“Jadi di kebanyakan negara, kita lihat ruang diberikan secukup dari segi undang undang sepenggal itu selama lima tahun.
“Maka apa yang kita perlu lihat adalah ini kali pertama kita PH dari kerajaan di peringkat Persekutuan memulakan pentadbiran negara,” katanya pada Ceramah Kelompok PH Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri SemenĂ˝ih bersama Pengundi Taman Aik Ann di sini.
Menurutnya, beliau meminta rakyat mengimbas apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008 hingga sekarang yang mana PH mengambil masa untuk mempelajari teknik mentadbir kerajaan negeri dan memahami cara dasar negeri dilaksanakan.
Malah tambah beliau, sekurang-kurangnya PH mengambil masa setahun dua untuk menstabilkan kerajaan negeri dan menunaikan janji yang diberikan.
“Sekarang kita ambil alih kerajaan peringkat pusat dan ianya lebih besar dan merangkumi seluruh negara kita
“Kita sebelum ini tidak ada pengalaman memerintah di peringkat kerajaan persekutuan jadi sebagai kerajaan Pusat perlu diberikan masa untuk melaksanakan janji janji manifesto dan sebagainya” katanya.
Ulas beliau,PH sedar akan segala kesusahan yang dihadapi rakyat serta soalan kenapa janji janji 100 hari dan manifesto tidak ditunaikan.
“Tapi dalam sembilan bulan pertama mengambil alih kerajaan pusat, kerajaan sudah mula menyusun kaedah dan memulakan penstabilan ekonomi dengan mengurangkan kos beberapa projek mega dan ia digunakan untuk kebajikan lain.
“Maka beri masa untuk kami dan akan buktikan kerajaan ini boleh melakukan dengan baik berbanding kerajaan BN,” katanya.
Pada masa sama beliau mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang muncul dengan tagline BossKu di Semenyih dan mempersoalkan janji janji kerajaan baharu PH.
“BossKu dia turun padang dan cakap kepada pengundi baru dia sedar semuanya.
“Saya tanya dia apa dia buat semasa menjadi PM kenapa kamu tak bawa perubahan ketika itu,” katanya. – MalaysiaGazette
Soalnya dulu tak cakap ‘ sepenggal ‘ tapi cakap bila PH ambil alih pemerintahan Malaysia…..Rakyat sedang berfikir2 nak undi mana dalam PRK Semenyih tu….