Home Dunia Pengurangan tentera AS di Seoul tidak dibincangkan dengan Pyongyang

Pengurangan tentera AS di Seoul tidak dibincangkan dengan Pyongyang

Donald Trump. foto CNN

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memaklumkan pengurangan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan tidak terkandung dalam perbincangannya dengan Kim Jong-un.

Sebaliknya, pertemuan Trump dengan pemimpin tertinggi Korea Utara di Vietnam nanti tertumpu kepada usaha penamatan senjata nuklear.

Kedua-dua pemimpin itu akan bertemu di Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini.

Setakat ini, seramai 28,500 tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Seoul. – MalaysiaGazette