WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan mengadakan perbincangan untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap gergasi telekomunikasi China, Huawei minggu depan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan rundingan perdagangan di Washington untuk tempoh dua hari lagi.
Dalam ucapannya, Trump dilihat menggunakan isu tersebut sebagai kelebihan yang boleh digunakannya untuk memenangi perjanjian perdagangan berkenaan.
Beliau dikatakan “mungkin atau kemungkinan juga tidak” memasukkan Huawei dan sebuah lagi syarikat telekomunikasi Chia, ZTE Corp dalam perjanjian tersebut.
Walaupun pengguguran kes terhadap Huawei bukan di bawah pertimbangan buat masa ini, isu tersebut mungkin akan dibangkitkan, katanya kepada pemberita di White House semasa mesyuarat dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He.
“Kami akan berbincang semua isu tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Kami akan berbincang dengan peguam AS dan akan berbincang dengan peguam negara dan kami akan membuat keputusan,” katanya.
Huawei dan Ketua Pegawai Kewangannya, Sabrina Meng Wanzhou berhadapan dengan hampir puluhan pertuduhan di AS yang merangkumi pelanggaran sekatan ekonomi dan merahsiakan urusniaga dengan Iran.- MalaysiaGazette