Home Sukan Breakdance boleh, kenapa skuasy tak terpilih?

Breakdance boleh, kenapa skuasy tak terpilih?

Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluangkan masa berswafoto bersama peserta yang juga pengamal media wanita pada Pertandingan Boling Mesra Media Wanita Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) 2019 di Bukit Jalil Golf (amp) Country Resort, Bukit Jalil, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggugurkan acara skuasy dalam senarai akhir program Sukan Olimpik Paris 2024.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini bukan kali pertama sukan tersebut tidak terpilih pada sukan berprestij dunia itu.

Namun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan luntur semangat dan memerlukan masa untuk terus melobikan sukan itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Saya kecewa apabila sukan skuasy tidak terpilih dan begitu juga sukan karate. Kementerian akan terus berusaha lagi selepas ini kerana dua sukan ini memiliki ramai peminat.

“Kalau acara ‘breakdancing’ boleh dipilih, kenapa skuasy tidak boleh pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Boling Mesra Media Wanita Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini hari ini.

Sebelum ini, acara breakdance disenaraikan untuk menyertai sukan baharu dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan perkara itu disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Penganjur Paris 2024, Tony Estanguet yang mahu sukan berkenaan mampu menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ dan artistik.-

Penganjur turut mengumumkan acara ‘surfing’, ‘climbing’ dan ‘skateboard’ dipilih untuk senarai akhir sukan tersebut. – MalaysiaGazette