Home Seni Hidup ANAS Cosmetics tambah rangkaian produk

ANAS Cosmetics tambah rangkaian produk

Pengarah Urusan dan Pengasas Kosmetik Anas, Anas Zahrin (kiri) bersama duta barang komestik Anas, Ayda Jebat bergambar bersama pada Majlis Pelancaran Barang Komestik Anas di Flora Terrace, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Syarikat kosmetik, ANAS Cosmetics akan melebarkan rangkaian produknya kepada lebih 20 jenis bermula April ini.

Pengasasnya, Mohamad Anas Zahrin Atan berkata, produk itu akan merangkumi antaranya penutup cela, pemerah pipi dan bedak asas.

Jelas beliau ketika ini, ANAS Cosmetics menawarkan lima jenis produk kecantikan termasuk gincu, pembayang mata dan maskara.

“Keunikan ANAS Cosmetics adalah harganya yang mampu milik dan rupa serta kualitinya setanding produk antarabangsa.

““Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya.

MGF25022019_PELANCARAN BARANG KOSMETIK ANAS12
Pengarah Urusan dan Pengasas Kosmetik Anas, Anas Zahrin bercakap ketika sesi sidang media pada Majlis Pelancaran Barang Komestik Anas di Flora Terrace, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2019

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rangkaian produk ANAS COSMETICS di sini semalam.

Turut hadir, duta produk iaitu pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat.

ANAS Cosmetics yang berada di pasaran sejak Ogos 2017 kini mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong untuk membeli produknya yang dijual di rangkaian butik itu.

Selain SaSa, produk ANAS Cosmetics juga boleh didapati di FashionValet dengan harga sekitar RM29 hingga RM89.

Mengenai perancangan masa depan, Mohamad Anas berkata, pihaknya mensasarkan ANAS Cosmetics dijual di 280 cawangan SaSa seluruh dunia termasuk di Taiwan dan Korea serta mampu menembusi pasaran Asia Barat serta Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya beruntung kerana jenama ANAS Cosmetics diletakkan sebaris dengan jenama premium yang lain dan rangkaian produk kami diletakkan di 33 outlet SaSa seluruh Malaysia.

“Dengan peluasan pemasaran dan penambahan jumlah produk, kita jangka pendapatan syarikat akan meningkat 10 kali ganda daripada nilai jualan semasa,” katanya.

MGF25022019_PELANCARAN BARANG KOSMETIK ANAS06
Duta barang komestik Anas, Ayda Jebat menurunkan tandatangan pada plak sambil diiringi Pengarah Urusan dan Pengasas Kosmetik Anas, Anas Zahrin (kiri) pada Majlis Pelancaran Barang Komestik Anas di Flora Terrace, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2019

Beliau juga berharap, jenama ANAS Cosmetics mampu menjadi jenama pilihan dan wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti.

Kata Mohamad Anas, selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, beliau mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita di Asia kerana sukar untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.

Untuk maklumat lanjut tentang ANAS Cosmetics, orang ramai boleh melayari laman web: anasism.com atau laman social, Insnstagram: @anasism.  – MalaysiaGazette