Manchester United dilaporkan semakin hampir membeli bintang muda pertahanan Benfica, Victor Lindelof, 22, menjelang Januari depan.
Sky Sports difahamkan Kelab Old Trafford telah mengadakan perbincangan awal bersama Benfica berhubung penghijrahan Victor ke Theatre of Dreams dengan nilai £38 juta.
Benfica tidak berhasrat untuk menjual pemain muda itu selepas kelabnya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah musim ini.
Bagaimanapun, terdapat potensi perpindahan itu akan berlaku apabila sumber SkySports di Portugal mengesahkan United telah membuka meja rundingan bersama Presiden Benfica Luis Filipe Vieira mengenai pembelian pemain itu.
Lindelof menjadi buruan utama Manchester United menjelang Januari depan.
Satu lagi sumber Metro di United Kingdom pula mendakwa Man Unitd telah mencapai perjanjian prinsipal untuk menandatangani pemain itu dengan nilai £42 juta.
Sementara marcos Rojo dan Phil Jones menampilkan aksi menakjubkan sejak dua tiga perlawanan kebelakangan ini, Mourinho percaya Lindelof dapat menambah kekebalan jentera pertahanan pasukannya.
Perbincangan antara kedua-dua pengurus itu dikatakan berlangsung di Manchester semalam dan kedua-dua pihak dilaporkan bersetuju dengan nilai perpindahan tersebut.
Perpindahan Lindelof dikatakan sudah dimuktamadkan dan dijangka berhijrah ke Old Trafford pada Januari untuk bersama rakan pasukan kebangsaan, Zlatan Ibrahimovic sekali gus muncul sebagai pemain ketiga termahal dalam sejarah kelab selepas Paul Pogba dan Angel di Maria.
Bintang bek pertahanan tengah Manchester United, Eric Bailly mengalami kecederaan dan akan berlepas ke Piala Benua Afrika untuk beraksi bersama pasukan kebangsaannya Ivory Coast.
Sementara Chris Smalling dan Phil Jones masih belum kembali pulih dari kecederaan.
Pengurusnya Jose Mourinho telah memberi indikasi awal kesediaan kelab untuk menjual pemain sayap, Memphis Depay, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger yang dijangka meninggalkan kelab pada Januari ini.
Lindelof memulakan kariernya bersama Vasteras SK di divisyen bawah bola sepak Sweden tetapi menyertai Benfica pada usia 17 tahun tahun 2011 sebelum layak ke kesebelasan utama awal tahun ini.
Dia juga melakukan penampilan untuk pasukan kebangsaan di Euro 2016 lalu. – MalaysiaGazette