Home Sukan PSG mahu ikat Wenger dengan kontrak 2 tahun

PSG mahu ikat Wenger dengan kontrak 2 tahun

Arsene Wenger akan berjumpa dengan pemilik kelab Arsenal untuk memutuskan masa depannya di Emirates. Foto : the Sun

ENGLAND – Paris Saint-Germain menawarkan kontrak dua tahun untuk Arsene Wenger meninggalkan Stadium Emirates dan menggantikan Unai Emery.

Juara Ligue 1 Perancis itu itu mengintai situasi Wenger sejak awal musim ini dan bersedia memberi jalan keluar akhir musim ini.

Wenger pada Sabtu lalu mendakwa dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya bersama the Gunners dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Arsenal dibelasah 1-3 oleh West Bromwich Albion.

Mesej pengurus kelahiran Peracis itu memberi indikasi jelas Wenger mahu menerajui stadium Emirates untuk semusim lagi walaupun dikecam penyokong.

Pengerusi PSG, Nasser Al-Khelaifi percaya Wenger boleh membawa perubahan yang diharapkan dalam kelab mewah Perancis itu setelah melalui musim yang mengecewakan.

PSG tersingkir dari kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini setelah tewas dengan agregat 6-5 kepada Barcelona.

Wenger difahamkan akan bertemu dengan pemilik Arsenal untuk membincangkan masa depannya.

Pengurus berusia 67 tahun itu merasakan beliau masih mempunyai kontrak tiga tahun bersama Arsenal.

Arsenal semalam menolak dakwaan bahawa mereka sedang berusaha memujuk Jurulatih Borussia Dortmund Thomas Tuchel.

Pengurus Juventus Max Allegri mendahului senarai calon pengganti Wenger di Emirates dan difahamkan menunggu keputusan Wenger sebelum memulakan rundingan berkaitan pengambilalihan. – MalaysiaGazette