KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan segelintir individu yang menghina Nabi Muhammad SAW merupakan satu kerja bodoh dan jahat.
Ahli Parlimen Port Dickson yang turut meluahkan rasa marah berkata, senario yang berlaku sejak kebelakangan ini jelas tidak menguntungkan keharmonian negara.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu tegas menangani gejala negatif itu agar tidak menjadi lebih buruk pada masa akan datang.
“Kalau kita boleh liberal, habis perang rakyat. Kita bezakan hak dan kebebasan untuk suara pandangan, beri teguran dan mengkritik.
“Itu masih boleh tapi kalau menghina akidah dan keyakinan umat Islam serta rasul adalah kerja bodoh dan jahat yang tidak untungkan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas majlis penyampaian hadian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pendiriannya mengenai senario terkini segelintir bukan Islam yang menghina agama Islam dan terdapat beberapa individu telah didakwa di mahkamah.
Anwar menambah, jika terdapat sikap orang kafir yang bersikap liberal, itu menunjukkan fahaman mereka adalah sesat. – MalaysiaGazette
Biar Kita berterus terang mengenai nya.
..jika di Barat, Jesus di jadikan bahan “object” bukan saja utk di puja, malah juga kebebasan utk di keji.
..let the sincere to ourselves, neither have met Jesus nor have understood him. Whatever been said about Jesus are fabrication & imagination of themselves.
..then again, what would happened if those ” Inquisitors” were around? Would those who made fun on Jesus still free do to what they like?
Christianity had evolved itself to accept those Anti Christ.
Here in Malaysia & all parts of the Moslem World, Muhammad, The Prophet is Revered, and there is NO OTHER WAY LOOKING AT IT.
Is the Caricatures REALLY Muhammad? OR his Imagination? Is disturbing the peace of others A Moral Absolute, OR was it A Dogmatic Absolute?