Home Nasional UNAM sifatkan kenyataan Nazri sebagai mengecewakan

UNAM sifatkan kenyataan Nazri sebagai mengecewakan

Mohamed Nazri Aziz
Mohamed Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM) berpandangan kenyataan bahawa seseorang itu tidak layak memegang jawatan yang berkuasa kerana kaum dan agamanya adalah satu pendapat yang curang dan mengecewakan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Setiausaha Agung UNAM Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pendirian sedemikian bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia sejak awal 1970-an yang mengusahakan ke arah penghapusan pengenalan sesuatu kaum berdasarkan pekerjaannya.

Beliau merujuk kenyataan bersifat perkauman Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa dibuat semasa ceramah politik di Semenyih, baru-baru ini.-BERNAMA