Home Dunia 20 maut selepas keretapi berlanggar dan meletup

20 maut selepas keretapi berlanggar dan meletup

Keadaan keretapi yang terbakar di Stesen Ramses. Kaherah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang. foto Agensi

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 40 lagi cedera selepas kemalangan kereta api mencetuskan kebakaran besar di stesen keretapi utama di sini.

Kereta api telah merempuh bahagian penampan untuk berhenti berhampiran hujung platform yang sibuk di Stesen Ramses.

Stesen itu terletak di pusat bandar.

Perlanggaran itu menyebabkan tangki minyak keretapi meletup dan merebak di platform dan bangunan berdekatan.

Punca kemalangan belum diketahui tetapi tidak lama kemudian Menteri Pengangkutan Hisham Arafat meletak jawatan.

Saksi memberitahu beberapa mangsa terbakar dalam insiden tersebut.

Agensi berita negara itu melaporkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 50 lagi cedera.

kiosk
Sebuah kiosk di Stesen Ramses turut terbakar. foto Agensi

Perdana Menteri, Mostafa Madbouli berikrar akan mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang menyebabkan nahas itu.

Media tempatan pula mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan orang ramai di stesen yang sibuk itu semasa keretapi berkenaan merempuh penampan di stesen itu pada kelajuan yang tinggi dan terbakar.

CCTV lain pula memaparkan orang ramai berlari ketika bebola api merebak ke platform.

“Saya nampak seorang lelaki dari lokomotif yang baharu memasuki platform menjerit “tiada ada brek! tidak ada brek!” belum melompat keluar dari keretapi,” kata saksi, Ibrahim Hussein.

Malah, ada saksi mendakwa keretapi yang sepatutnya masuk dengan perlahan ke platform telah berada pada kelajuan yang tinggi. – MalaysiaGazette